Friday 3 November 2017

How do i start to fall?


Where do I start? Don’t even know why I write this but I’ll just write it (dengan harapan orang tak baca lah, sebab ni macam kanak-kanak sangat). Sebab taknak tersebar international sangat, marilah tulis dalam Bahasa Melayu lebih banyak. Jadi kisahnya bermula tahun lepas bila dengar Arirang Radio, Super Kpop, masa dengar takde la tengok video, hanya setakat dengar.

End up I won the video message for the guest, Honey G. Sorang je yang guna English, lagi 2 cakap Korean. Kawan panggil HoneyG pakcik2 (pakcik la kot, paling muda 88-liner) masa tu 1st time Nampak muka diorang. Dan sangat suka sebab HoneyG suara sedap live dan kelakar. 

Sebab suka, maka cari lah info pasal HoneyG ni. Korek-korek, jumpa vlive diorang. Masa tu agak baru jugak HoneyG buat vlive. Setiap minggu mengadap HoneyG, setiap Selasa malam pukul 9.30. Kakak sendiri siap tahu setiap minggu timing ni jangan kacau. Giyong, he speaks fluent English, since he’s LA-born. He translated for Taehyun & Jaehyun everytime during their vlive. Naturally Giyong would read international fans’ messages. Setiap minggu dari Oktober 2016 sampai la bulan lepas Oktober 2017, hanya tertinggal vlive dalam..5 kali? Kalau ikutkan, paling suka suara Jaehyun. Setiap lagu yang Jaehyun cover melekat dalam otak. 

Tapi rasanya turning point bila Giyong cover lagu Sara Bareilles-Gravity. Masa ni kot jantung kena curi jap. 2minggu lepas tu HoneyG upload cover lagu ni, Giyong on piano. Download dari youtube, setiap malam sebelum tido dengar cover ni (tapi versi Giyong nyanyi sorang adalah favourite)

Pendek cerita, HoneyG pun dah familiar dengan namaku (Liyana, sangat formal nama yang mereka kenal). Terjadilah satu kejadian yang gila bila tiba-tiba, seminggu lepas trip pegi Krabi, rasa nak jumpa sangat HoneyG ni. Tunggu hari Selasa, tanya HoneyG adakah mereka ada schedule Sabtu minggu tu? HoneyG cakap ada, tapi timing tak konfem lagi (padahal Taehyun dah terlepas cakap pukul 5 petang). Tengah malam tu jugak, tengok skyscanner, beli tiket pegi Korea Jumaat tu, tengah malam. (Isnin tu sekolah cuti, perayaan bersihkan kubur untuk Chinese, lol boleh pulak aku ingat). Pendek kata, 2 hari je nak prepare. 

Sampai Seoul sabtu pagi. Petang tu busking HoneyG kat DDP. Tak tahu nak fikir apa sebab semua last minute. Kawan cakap pastikan jumpa HoneyG in person sebab dah pegi Korea semata-mata untuk HoneyG. Sebelum busking start, HoneyG buat soundcheck, masa tu lambai kat HoneyG, Giyong nampak dan bagitau members yang lain. Manager sedar aku pegang beg hadiah, dia datang kat crowd amek beg tu. Masa busking, mata melekat kat Jaehyun (visual-bias sangat Jaehyun ni). 

(Masa busking, buat live broadcast kat periscope, 2 je viewer, kawan Malaysia sorang, kawan SG, juga fan HoneyG sorang). Bila dah habis busking, kawan suruh lari pegi jumpa HoneyG. Try ala-ala amek selca dari jauh dengan Jaehyun, Jaehyun panggil datang dekat, dia tanya manager “boleh kan?” Manager sempoi je bagi. Bagi laluan fans lain amek gambar dulu, aku last sekali cakap dengan HoneyG. (Video interaction ada kat ig no2 hehe) Giyong’s the one who kept the conversation going. He asked me when did I arrived, where will I go after that, he told about him being permanent guest for Friday corner on SKP every week, etc. 5 minit je pun sembang dengan HoneyG, banyaknya cakap dengan Giyong sebab guna English, tapi Giyong rajin translate kat members, dengan manager sekali sembang dan gelak. 

Masa HoneyG nak berlalu pegi, HoneyG ala-ala beratur,Jaehyun hulur tangan salam (haih bersalah betul perasaannya) salam balik. Tiba-tiba masa Giyong, dia peluk, peluk sideway lah, masa tu tergamam. Terkejut memang tak cakap apa (kawan cakap Korean memang tak peluk, tapi mungkin Giyong English-culture sikit?) Jaehyun gelakkan je. Taehyun hulur tangan salam, sama mcam Jaehyun. Honey G lalu kat crowd nak pegi tinggalkan venue, Giyong toleh bow lagi sekali.

Itu 1st meeting, cheot mannam. April lepas. 2nd meeting, tak lama gak lepas tu, Ogos lepas. Bagi alasan konon birthday Taehyun (dan advance birthday sendiri). Kat vlive tulis English bagitau Giyong nak datang (tapi tak bagi Giyong translate sebab konon nak buat surprise birthday Taehyun) Giyong pun play along je, tease Taehyun taknak translate mesej. Pendek cerita yang ni, jumpa Giyong hari Jumaat petang kat SKP sebab dia regular guest setiap Jumaat. Masa kat SKP mula2 pusing kerusi lagi, sekali bila Giyong sampai, terus gelabah jiwa, nervous. Tulis message kat Sam (tapi dengan harapan dia tak baca on-air), sekali Sam baca pulak. Mesej tu pasal nervous sebab Giyong ada dalam studio. Sam:I would be nervous too, Giyong can make you nervous. Sam!!!!! 

Join on-air SKP, ada la dalam 5 minit jugak, sembang dengan Giyong n Sam. Natural je cakap dengan Sam sebab Sam sangat peramah. Dengan Giyong dia macam awkward sikit. Bila dah habis on-air, Giyong tanya: are you leaving after this? Aku jawab balik: no, I’ll wait outside, I have something to tell you. 

----sambung Part 2------

No comments:

Post a Comment