Saturday 4 November 2017

Fall back to reality..please? (part 3)

Part 3

In between bulan 8 dengan bulan 10 haritu ada la mesej Giyong beberapa kali, paling unintentional TERmesej Giyong sebab stress tarikh pegi Seoul, Mamamoo ada event, clash dengan concert nak pegi. Giyong memang tau aku minat Mamamoo sebab masa makan kat restoran sebelum ni,ter-spazz depan Giyong. Giyong gelakkan je, Giyong (dan Taehyun jugak) pun suka Mamamoo, Giyong suka Mamamoo sebab personality diorang (wahhh sama sama!! Sila bayangkan macam spazzing dengan kawan). 
Giyong cakap takpe, nanti ada la tu peluang jumpa Mamamoo. Ok kembali ke perjumpaan ketiga, Giyong beberapa kali ingatkan nak datang Seoul nanti prepare elok2, cuaca tengah sejuk. 

Masa pegi SKP haritu lambat gila, tinggal setengah jam je nak habis. Pegi dengan kawan Korean (yang boleh speaking English), dia minat Sam. Masa kitorang masuk tu, HoneyG dan Sam tengah on-air. Kwan muka terkejut dia mumble: 와..잘생겼다.. Masa tu aku tau dia tengah tengok Giyong. Giggle je sebab tu bukan 1st time aku tengok reaksi macam tu kat Giyong (masa busking dulu pun ramai bagi reaksi macam tu kat Giyong). 

Greet manager, manager senyum je (manager pun macam kawan) Lepas diorang habis recording, greet HoneyG, paling excited Jaehyun (dia yang excited bukan aku lol), sebab yang Ogos lepas tak jumpa Jaehyun. HoneyG macam rushing cakap terima kasih semua, ingatkan nak terus berlalu pegi. Aku kena cakap dengan Sam dulu sebab kawan ada pesan hadiah. 

Bila keluar dari section recording nak gi lounge, rupanya HoneyG beratur semua duduk kat kerusi, manager pun sekali, tunggu aku. Masa tu amek gamba group photo, diorang nak aku kat tengah, Jaehyun cepat2 bukak ruang tepi dia (maknae ni memang excited, kalau banding dengan Giyong yang pemalu). Amek selca dengan maknae, sebab masa 1st jumpa HoneyG, Jaehyun mintak selca tapi masa tu phone pun tak jumpa. 





Lepas habis, masuk lif ramai2 lagi, Sam, Honey G, aku dan kawan. Sam berlalu dengan cepatnya, tinggal aku dengan kawan, sekali dengan HoneyG. Kawan nak pegi konsert Paul Kim jadi dia kena pegi dulu. 

Giyong tanya kali ni duduk mana, aku cakap Hapjeong, area hongdae. Giyong suggest kat members yang lain, kita grab coffee je la, ok tak. Semua setuju, jadi kitorang jalan kaki cari coffee shop. Giyong bagitau, rupanya kereta company diorang ada problem, semua kena balik sendiri2 LOL 

Jaehyun bawak scooter dia, seronok dia naik scooter dia depan kitorang. Lagi sekali jalan sebelah Giyong, sentiasa memastikan aku jalan belah dalam. Masa nak masuk satu coffee shop ni, dia tampal kat pintu, tutup. Cari lagi satu coffee shop.

Masa aku depan pintu, terfikir (wow keciknya). Terfikir sebab kecik:duduk rapat. Hgggg. Aku nak amek sit tepi dinding, sekali Taehyun dah amek seat tu. Giyong tanya nak duduk dalam ke? Aku angguk je. Dia bagi aku duduk dalam, dia duduk sebelah aku (dalam hati..ala..tak dapat la menatap muka Giyong macam sebelum ni..demand~) 

Masa nak order masing2 taktau nak order ape, last2 Giyong dan Jaehyun bangun tengok menu (Giyong tanya coffee ok kan? Aku cakap ok je), Jaehyun pegi balik kat meja tanya aku nak sandwich tak? Aku: 예! Apebenda tah jawab macam tu. Giyong pulak patah balik: no bacon and ham right? Ya Allah aku boleh pulak lupa pasal ham dan bacon tu, Giyong yang ingatkan. Thank you Giyong ㅠㅠ 

Masa tunggu coffee dan sandwich, sesi sembang lagi lah. Sembang pasal concert aku nak pegi esoknya. Paul Kim. Giyong dah tau lama pasal concert ni, dan Jaehyun pun minat lagu penyanyi ni. Taehyun siap search venue kat phone dia. Sembang pasal venue concert pulak. (Kawan aku cakap, kita biasa tak berani cakap pasal artis lain depan artis tu, tapi HoneyG yang tanya kat aku macam2. Jadi dah sembang macam kawan lah, bukan sembang dengan artis). 

Aku siap bagitau kat Giyong jumpa Yu Seungwoo masa pegi concert company-mate diorang Ogos lepas. (Seungwoo pun sama SuperstarK4 dengan HoneyG, rapat dengan Jaehyun). Call kawan Malaysia yang minat HoneyG, bias dia Jaehyun. Whatsapp call je, pastu pas phone dekat Jaehyun. Lepas tu bagitau, aku kawan dengan fan diorang, Korean sorang ni. Aku konfem diorang kenal korean ni sebab kat vlive dia sangat aktif. Aku cakap jom kita buat video message. 


Jaehyun yang pegang phone aku rekod mesej. Masa tengah rekod aku teringat fan ni bias Giyong, suruh Giyong dekat sikit dengan aku sebab tak masuk frame, tapi Giyong sengetkan kepala je nak masuk frame haha (lain Giyong dengan Taehyun. Taehyun masa duduk kat sebelah aku dulu, peeking aku tengah tengok apa kat phone, tak la aku berani nak pusing kepala, kalau tak bertemu dah muka sebab rapatnya dia. Giyong is pemalu).

Masa sembang2 aku perasan aku tongkat dagu belah kiri, belah Giyong, Giyong pun tongkat dagu belah kanan, arah aku. Dah penat gelak sembang dengan HoneyG, nak balik, diorang bangun bayar (yang sebelum ni Giyong bayar, kali ni tak pasti Giyong ke Jaehyun). Taehyun cakap dia nak jumpa kawan Incheon dia, dia tumpang scooter Jaehyun. Taehyun mintak hi5, Jaehyun pun nak jugak. Giyong? Naik subway balik. 

Masa tu aku baru sedar, maksudnya jalan pegi subway berdua dengan Giyong la ni? Okay~~~~~ 

Penah jumpa bias kan? Fansign ke, airport ke.. rasa 2 minit interaction dengan bias lama gila kan? Tu la perjalanan pegi subway station paling lama dalam hidup aku. Kalau rekod dalam mapnya, 2km arirang tower dengan subway station. Jauh tu la aku jalan dengan Giyong berdua.

Giyong tanya la how's teaching semua. Aku cerita macam biasa. (Kat skp minggu sebelum tu, Sam tanya if you're not a singer, what would you do? Giyong cakap kalau dia bukan penyanyi, dia mungkin akan terlibat sebagai..atlit. or a teacher. Aku tak penah dengar dia jawab teacher sebelum ni. Where did that come from)

Giyong ada bagitau sebelum tu, plan dia lepas ni nak pegi noraebang nak praktis nyanyi untuk wedding cousin dia esoknya. Masa Giyong sibuk explain route subway untuk aku, aku bukan dengar sangat, sebab dalam otak, nak ikut dia. 

Tiba-tiba masa jalan tu keluar dari mulut aku "how about i accompany you at noraebang?" Giyong macam flustered. "But i am actually shy.." aku"just pretend i'm not there". G "it'll be far though, near my house. It's ok, i promise you next time you can come". Aku: ok... (taktau kenapa boleh jujur gila dengan Giyong. aku tak penah macam ni dengan orang lain T.T)

Kitorang masih lagi sembang2 lepas tu (fuh mujur tak awkward). Cerita pasal pet, etc. Masa dah sampai kat subway, aku takleh nak pikir aku kena pegi mana sebenarnya. Dah blur la banyak sangat moment dengan bias. Giyong cakap aku kena amek belah sana, train kita tak sama. Aku pun angguk je la. Tiba Giyong kata: takpelah kita tunggu your train. Giyong join aku pegi belah train aku, sama2 turun tangga. Masa tu train dah ada, aku buat muka sedih kat Giyong, Giyong gosok baju lengan aku, jangan sedih. Dah sampai depan train, aku hampir masuk, Giyong cakap: tak payah masuk la, tunggu train lepas ni. 

(Sebab train tu sardin sangat, penuh gila). Dalam hati seronok bahahaha. Giyong pun sambung cerita dia, sedih pasal contract dah nak habis. (Kenapa tah Giyong suka cerita part sedih dia). Giyong cakap dia promise bila HoneyG buat concert atau fanmeeting before contract habis, dia bagi tiket free kat aku. Aku: front seat. G: sure! Aku: or vip, or backstage. G: whichever you like ;) aku cakap la aku rindu nak dengar diorang nyanyi live. 

Bila train dah sampai, lagi sekali muka sedih kat Giyong. Giyong reply dengan muka sedih gak, gosok lengan lagi, muka jangan sedih sangat. (Aku bersyukur, sebab sebelum ni dua kali dah dia peluk..haih rasa berdosa la, takkan kali ketiga nak bagi peluk gak. Doa2 tak perlu cakap kat dia taknak peluk tu. Mujur kali ni dia tak peluk). Masuk train yang sebenarnya sardin gak. End of meeting Giyong.

Lepas2 tu send video message kat kawan korean yang fan HoneyG tu, cerita pasal Giyong, dia label Giyong: ideal husband haha. Jumpa kawan yang pegi SKP sama tu lepas concert hari Sabtu, spazz dengan dia pasal Giyong. Dia terkejut Giyong handsome macam tu, siap rasa macam idol. Cerita pasal jalan dengan Giyong, kawan cakap: ohhh like a date. Aku: *malu* yeah like a date maybe.. Dia terkejut macam mana aku boleh rapat dengan HoneyG, HoneyG boleh tau aku nak datang. Aku cakap aku sembang dengan Giyong kat fb. Kawan suruh aku bagitau Giyong, Giyong handsome LOL masa tu baru sedar standard Korean, Giyong tu handsome.

End of dream. Giyong is far from reality, though he does seems like a close friend.


Gamba ni Giyong bagi, dari phone dia. Jaehyun yang snap sebab jenisnya memang suka main camera.

No comments:

Post a Comment