Friday 3 November 2017

Falling harder? (part 2)



Tunggu SKP habis. Sebenarnya nak cakap dengan Giyong tu, sebab nak mintak dia tolong translate mesej Korean Jaehyun. Dah guna translator, takut salah paham. Pastu tunjuk phone kat Giyong, dia baca.. Giyong: eh this is really Jaehyun? Dia terkejut aku sembang dengan Jaehyun kat sns. 

Bagitau Giyong sebulan sebelum tu ada menang album HoneyG tapi tak dapat sebab masalah pos kot (musim raya). Giyong tanya manager ada lebih tak album tu. Manager cakap ada dalam kereta. Jadi Giyong suruh tunggu dia rakam video messages untuk pemenang jap, nanti dia bagi album. Lepas sembang dengan Sam, pegi kat Giyong nak amek selca, ajak Sam join selca (jadi selca bertiga). *Sam macam tau aku minat Giyong sebab setiap Jumaat konfem ada mesej untuk Giyong* 



Masa kat hallway, Giyong cakap dia tunggu orang. Ingatkan manager, rupanya tunggu Taehyun keluar toilet. Taehyun datang jugak SKP walaupun dia takde schedule. Masuk lif sekali ramai2; Sam, Giyong, Taehyun, Pd, writer, aku sekali lah. Dalam lif, Sam tanya: so Liyana, what's your plan after this. Jawapan aku direct gila: Hmm i've free my schedule tonight...to follow Giyong. Sam: do ittttt. *Sam mungkin shipper yang pertama lol* Aku dah pusing muka mengadap pintu lif sebab segan APA YANG AKU CAKAP TADIII~ Masa tu Giyong macam tersedak. Taehyun je kot dalam lif tak paham, sebab dia sorang je tak guna English. 

Sam ada meeting lepas tu, dia excuse diri dia. Tinggal la kitorang tiga. Manager pegi amek kereta. Giyong tanya aku duduk mana masa dalam studio lagi, aku cakap kat area Jongno. Giyong tanya gak nak makan apa. Aku blur apa yang jadi, aku jawab je la soalan yang ditanya. Aku cakap kena makan halal, Giyong terangkan halal tu apa kat Taehyun. Giyong cakap dia tau satu restoran halal kat Gangnam, jadi aim pegi Gangnam lah. Aku cakap kalau tak jumpa yang halal, seafood pun boleh. 

Kereta dah sampai, Giyong cepat-cepat pegang pintu seat depan, jadi Taehyun masuk kat belakang. Masa ni aku macam takleh brain lagi "naik kereta Honey G ke? Bukan nak amek album je kat kereta?". Sampailah Taehyun cakap "naik la", baru aku naik kereta HoneyG. Ala-ala kena kidnap separuh sedar. 

Manager terus tanya "ok jadi nak ke mana?" Giyong cakap "Gangnam. Ok?" Kitorang semua pun setuju, drive lah manager bawak kitorang pegi Gangnam. Dalam kereta macam2 la sembang dengan Giyong Taehyun. Giyong cakap style lembut je. Aku tau Giyong ada nephew kecik, tunjuk kat dia gambar nephew sendiri. Bila sembang dengan Taehyun, stuck teruk nak translate pasal hadiah birthday dia, panggil "Giyong~~~tolong translate kat Taehyun". 

Smpai kat Gangnam, keluar kereta, manager cakap bila dah selesai, call dia. Tinggal kitorang tiga jalan2 Gangnam cari restoran. Giyong memang jalan sebelah aku, dan dia pastikan aku kat sebelah dalam, bukan belah jalan raya. Sembang2 sambil jalan dengan Giyong, Taehyun kadang2 je masuk, bila kitorang sembang pasal artis sama company dengan HoneyG. 

Jumpa restoran seafood, duduk hujung, Giyong duduk depan aku, Taehyun duduk sebelah kiri. Giyong baca menu, pastikan set takde daging, tanya apa yang aku boleh dan takleh makan. Maka sembang sambil makan la kami. Tak lama lepas tu, kawan diorang join, contestant SuperStarK4 jugak, sama season dengan HoneyG (juga Roy Kim, JungJoonyoung etc). Tinggi lampai pergh. Kawan diorang ni lawak gak. Sebab kawan diorang ni sorang je dah kawen, isu rumahtangga pun keluar la, macam2. Tiba-tiba Giyong pandang aku dia tanya: are you seeing someone? Aku:-cepat je jawab- NO~ Giyong: will you seeing someone? 

Aku masa tu pandang direct Giyong, dalam hati terlintas: kalau orang tu Giyong..boleh tak? Aku end up tak jawab soalan Giyong, Taehyun tanya soalan apa Giyong tanya aku. Giyong translate, pastu dia cakap, mesti la aku akan seeing someone kan? Giyong cerita kat aku, dia yang perkenalkan isteri kawan diorang tu. Aku macam..really? Wahh.. nak mintak Giyong carikkan la sorang tuk diri ni, tapi tak keluar dari mulut.

Macam2 la Giyong tanya, aku jawab. Adik-beradik, umur, kerja, pegi balik pukul berapa, suka workout tak, plan aku esoknya etc. One time, Giyong tiba2 tanya aku, ada facebook tak? Aku cakap ada lah. Dia mintak phone aku, dia search id dia, pastu add diri sendiri guna phone aku. Phone aku tu end up pusing2 kat meja tu; search pasal tempat aku pegi esoknya, facebook thing, search pasal Yuna, search pasal subway route. 

Masa jalan balik, Giyong cerita pasal diri dia pulak, kakak dia, kenapa dia tak travel oversea walaupun dia nak, etc. Giyong tanya: bila lagi nak datang? Dalam otak aku aim Oktober, tapi tak sebut kat Giyong, aku jawab: bila HoneyG ada schedule? Giyong jalan sebelah aku, sampai ada masa kitorang tertinggal kat belakang agak jauh dari Taehyun dan kawan diorang, syok sembang.



Sampai kat subway, Taehyun n kawan berenti kat exit depan subway, aku pun stop la. Giyong terus turun tangga nak pegi subway. Pastu pandang belakang tanya kenapa kitorang tak turun (nak hantar aku sampai bawah rupanya..sweet sangat T.T)

Masa kat bawah Taehyun & kawan sibuk godek phone aku search kan subway route paling senang. Aku dengan Giyong kat belakang tunggu je. Giyong gelak bila aku bagi reaksi over happy dapat angin sejuk, bila dia tarik lengan aku ke tempat bawah aircond (sebelum ni mana penah perasan ada aircond siling kat subway hallway tu), almaklumla sibuk kipas muka sendiri sebab panas *summer oh summer*

Bila nak balik, Giyong peluk lagi (lama la pulak sebab aku sempat pikir nak bagi reaksi ape nih). Taehyun pun peluk gak tapi sebab dia over tinggi, macam pat kepala je. *Giyong tak tinggi sangat lol* Lambai diorang sampai la hilang dari pandangan. 

Dan bila dah sampai guest house, send gamba kat facebook Giyong, dan mesej reply beberapa kali dengannya. Sampai sekarang pun masih lagi reply mesej dengan Giyong kat fb. Mula2 risau la jugak kalau ganggu dia, tapi dia reply macam kawan. Giyong sendiri cakap: lets keep in touch. Memang mesej semua dia reply walaupun tak cepat sangat.

Dan pegi jumpa HoneyG baru2 ni, bagitau kat Giyong kat fb je. Kali ke 3 ni.. lagi lama masa berdua 

---sambung part 3---

No comments:

Post a Comment